Wednesday, December 2, 2009

LoVe iS CinTA 1



Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan cinta. Islam memandang cinta terhadap berlaianan jenis dalam 3 perspektif:

1. mencintai kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. contohnya: cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kan kita lupa akan Nya dan mendorong untuk melanggar syariat Nya. firman Allah: "dan di antara manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang yang fasik"(Al-Baqarah: ayat 165)

3. cinta yang mubah(harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. misalnya tanpa sengaja lelaki melihat wanita atau wanita melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang di larang.....




Sunday, November 29, 2009

sarawak dalam kenangan




Sarawak mengamit kerinduan???benar atau tidak???bagi aku iya nya benar pada keadaan yang tertentu. Rindu pada keadaan di sekolah, sambutan yang di terima yang membuat diri kami begitu teruja dan terharu dengan sambutan menerima @ menyanbut tetamuy yang mereka berikan...rindu ku juga ku hulurkan pada adik2 di sekolah itu.. walaupun sekejap mereka tetap istimewa di mata kami bertiga..sape kami bertiga??? semestinya la gadis- gadis S.U.G huhuhu...ketawa, geram, dan sebagainya menjadi asam garam di camp itu...kesinisan juga di balas dengan kejujuran berkata-kata...tp aku seperti tidak puas berada di sana seperti tidak cukup apa yang telah di berikan kepada adik-adik ku di sana yang di balas dengan pelbagai kemewahan oleh pihak sekolah terasa tidak bebaloi ...tp nak wat mcm mna semua nya sudah lepas.. apa yang penting jadikan semua itu petunjuk dan juga pengajaran pada masa akan datang.. setiap manusia pasti melakukan kesilapan tanpa meraka sedari atau telah mereka sedari tapi buat x tau sahaja huhuhu...

kelakar bila melihat gelagat adik-adik ku di sana...dengan percakapan mereka yang kurang di fahami oleh kami bila masa mereka bercakap menggunakan dialek negeri mereka...kekadang terasa lawak sangat sbb da jd mcm ayam ngan itik yg tengah bercakap dan bertelagah...tapi aku sangat puji dengan semangat mereka dan kreativiti mereka dalam melakukan sesuatu itu....

sarawak mengamit kerinduan...
kerinduan pada suasana kedamaian dan kemesraan yang terjalin erat...
walau apa yang berlaku tidak pernah melunturkan semangat setiakawan yang terbina
sarawak mengajar erti kepimpinan
sarawak mengajar erti kejujuran
sarawak mengajar siapa kawan siapa lawan
sarawak mengajar kepercayaan kepada org sekeliling
pelbagai ilmu dan pengalaman yang aku terima dengan program di sarawak ini....
gelak tawa gurau senda menjadi mainan kita
tidak perlu di ambil serious...
kalu tanpa gelak tawa suram la jadinya...
bosan jiwa dan raga...
jika gurauan menyakit hati maaf dipinta dari kami
bukan niat di hati menyakitkan hati
hanya niat menghiburkan hati...
bila senyap di tanya mengapa???
bukan sengaja tapi dirasakan perlu bila tiada ape perlu di senda..
takut terlebih kata membuat org menyampah..
dari terbit rasa tidak senang lebih diri bertenang..
oleh itu
kepada rakan dan taulan maaf di pinta atas segala kesalahan...
semua manusia melakukan kesalahan
hanya dengan teguran yang membina mematangkan setiap gerak langkah
tanpa teguran tiada siapa yang akan berubah
terima lah setiap teguran dengan hati yang terbuka dan rela
teguran bukan untuk menjatuh kan tetapi untuk membantu menjayakan
maaf dipinta sekali lagi jika ada yang terasa hati...
moga perhubungan yang terbina kekal abadi buat selamanya...
sekian coretan rasa dari diri yang serba kekurangan




Saturday, October 10, 2009

APA YANG DA JADI NI...

aku menerima berita yang amat mengejutkan diriku dari ibu ku sebentar tadi..adik sepupuku ingin bernikah kerna terlanjur dan mengandung dan sudah hampir kepada tarikh untuk melahirkan anak yang tidak berdosa itu...entah la aku pun xtau nak ckp mcm mna...sedih...sangat sedih apa da jadi dgn anak2 gadis zaman ini...aku x kata yang aku terlalu baik setiap org ada kelemahan nya yg tersendiri tapi sanggup kah kita melawan dan memalukan ibubapa kita yang telah banyak menabur jasa mendidik dan membesarkan kita...tegar kah kita melihat raungan ibu dan tangisan ayah kerana terkejut melihat anak yang disayangi memalukan mereka dengan melakukan perkara yang terkutuk itu...tidak kira secetek mna pun ilmu agama kita..kita sepatut nya sedar akan hakikat yang sebenar dan akibat yang akan kita terima jika melakukan perbuatan terkutuk itu...


nasib baik laki tu nak bertanggungjawab tapi kenapa sekarang baru sedar dan dtg berjumpa ngan ibubapa gadis itu....kenapa tidak dari dulu lg setelah mengetahui yg gadis itu mengandung anak nya...tak kesian ke dia pada anak yang bakal lahir itu????yang mungkin akan dicaci oleh org sekeliling.....nak dikatakan bodoh pun ia juga...aku sangat geram x disangka sepupu yg aku knal sanggup buat begitu kerana pengaruh kawan....dan paling aku sedih dia sanggup melawan kata-kata ibu nya....setelah ibunya memarahi seorg uncle yang menegur badan gadis itu seperti org mengandung...ibu mna yang x malu...ayah nya sampai menitiskan air mata kerana x sangka bebanan yang sgt berat di terima.... malu mengenangkan anak gadis sebegitu rupa....dan aku x marah jika kedua mereka marah dan memukul lelaki dan gadis itu...sehingga lelaki itu melulut dan merangkak merayu untuk diterima sebagai menantu dan mengahwini gadis itu....


long akak harap ko sedar bila ko da bersalin ko rasa la ape yang mama dan ayah ko rasa dengan ape yang ko telah lakukan terhadap mereka....jadi la isteri yang baik dan ibu yang terhadap anak yang bakal lahir itu... akak bersyukur yang ko x menjadi seperti gadis2 lain yang melahirkan anak dan membuang nya ke dalam tong sampah, sungai atau meletakan nya di masjid..tapi ia mungkin terjadi kalo ayah n mama ko x tau kan...akak bersyukur mereka tau walaupun dah terlewat...jaga diri wahai adik sepupuku!!!!


buat gadis di luar cna berhati-hati memilih rakan tidak kira perempuan atau lelaki tidak salah kalo kita tak percaya pada mereka walaupun dah lma berkenalan kerana hati manusia sentiasa berubah-ubah kadang kala kerna hasutan rakan lain kita bakal menjadi mangsa....sanggup kah kita terlibat dalam kancah penzinaan...semoga allah menjauhi kita dari gejala ini...aku minta maaf jika ada yg tersa ketika membaca tulisan ku ini...bukan ingin memburukan lagi keadaan tapi sebagai pedoman dan ingatan buat semua dan diriku sendiri...wassalam

Tuesday, September 22, 2009

RAHSIA SOLAT YANG TIDAK DI KETAHUI

artikel ini adalah pemberian seseorg kepada ku...oleh itu aku ingin sekali kongsi kan nya pada sesiapa yg menjenguk blog ku ini

SOLAT yang ramai tidak ketahui..... .
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan men
i t i s dan kering sendiri.. Lalu ambillah s e jadah, shalat, berzikir dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
kan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

.
Wallahua'lam..

RAYA YANG TELAH TIBA...RAMADHAN YANG TELAH BERLALU

RAMADHAN KAREEM TELAH BERLALU 3 HARI YG SUDAH...PELBAGAI PERASAAN MENJELMA APABILA BERLALU NYA RAMDHAN ITU...HATI MULA TERTANYA-TANYA CUKUP KAH SUDAH AMALAN PUASA KU??? DITERIMAKAN OLEH NYA PUASA KU ITU??? TIADA SAPE DAPAT BERIKAN JAWAPAN YANG TEPAT UNTUK TUE SEMUA KERANA BUKAN KITA YG MENGADILI NYA...

KINI SYAWAL MENJELMA SUDAH...SEBELUM TUE PELBAGAI RAGAM MANUSIA YANG DAPAT KITA SAKSIKAN DALAM MENYEDIAKAN PERSIAPAN RAYA NIE...SANA-SINI SALEMEMANJANG...DENGAN YG BERKERJA DAPAT DUIT GAJI + BONUS= SHOPPING SAKAN LA JWABNYA...TAPI KITA KNA BERINGAT JUGA TAKUT MEMBAZIR NANTI HUHUHU...

MAMA SELALU CAKAP BILA NAMPAK ORG2 MELAYU KITA MEMBELI-BELAH "MANA LA ORG MELAYU NIE DAPAT DUIT...KATA DUIT XDE TAPI SHOPPING X IGT DUNIA..SELAGI X RAYA SELAGI TUE NAK BELI TU NAK BELI NIE..." AYAT TUE LA YG SELALU AKU DENGAR KALO MAMA NAMPAK SHOPPING + BAZAAR KE PENUH NGAN ORG...AKU PUN KEKADANG PELIK GAK...TPI NAK WAT CM NER RAYA SETAHN SEKALI...SEKALI SEKALA NAK MELAWA APE SALAH NYA KAN...HUHUHU

TAPI HARAP-HARAP LEPAS RAYA NIE
XDE LA YG MELOPONG AND GIGIT JARI CZ DUIT DA XDE...N YG BYK HUTANG TUE HATI2 LA YE...NGAN SAPER YG X BYR BIL + DUIT KETE TUE...BERINGT LA SKIT...TAKUT KNA POTONG N KENA TARIK...HUHUHUHU


DAN AKHIR SEKALI BUAT SAHABAT HANDAI DAN RAKAN TAULAN YANG JAUH ATAU DEKAT DAN JUGA YANG TELAH TERPUTUS HUBUNGAN AKU INGIN SAKALI MENGUCAPKAN SALAM LEBARAN DAN AMPUN KAN SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG PERKENALAN KITA...SEMOGA SUATU HARI NANTI KITA DAPAT BERKUMPUL DAN KEMBALI MENGERATKAN SILATURAHIM YG SEMAKIN JAUH INI...
SEMOGA KALIAN SIHAT SENTIASA DAN BERADA DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH YG MAHA ESA.....


Thursday, September 3, 2009

DULU LAIN...SEKARANG LAGI LAH LAIN!!

KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.
Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu.
Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas.
Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi.
Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'.
Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah.
Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.
Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.
Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir.
Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.
Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan.
Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, Internet, sms dan video pun tak kurang.
Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah.
Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.
Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua.
Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri.
Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.
Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D.
Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.
Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah.
Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.
Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji.
Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv.
Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali.
Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.
Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.
Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".
Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000.
Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger.
Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.
Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.
Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.
Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.
Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.
Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.
Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi.
Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.
Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.
Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.
Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.
Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi.
Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.
Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada.
Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.
Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.
Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan.
Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.
Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.
Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC.
Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.
Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.
Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.
Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia.
Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?




OLEH;
DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Saturday, August 22, 2009

10 tips makan di bulan ramadhan....

ermm cari nye cari ape ak nak ltk pasal ramadhan kali aku terpandangkan artikel nie so ingat nak kongsi kt sini...so jom kita teliti dan renung-renung kan....


10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN


1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles"

Nasi "Noodles"
Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
Nasi ulam
Nasi kerabu

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
adalah seperti berikut:

Nasi putih Oats/ Nestum
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma

Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.

"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"


Monday, August 10, 2009

class cancel lg!!!

semalam ada clas economic for engineering penat-penat jalan sampai je dekat kelas ada notis terpampang di pint yang berbunyi..


salam to all student today class is cancel
and the quiz will be postponed on tuesday class.
sorry for any convinience..
itu cerita semalam yang membuatkan ramai pelajar yang merungut termasuk diri ku ini.. ye la mna tak nak merungut...dah la jauh mahallah ngan kuliyyah econs tue... hari ahad lak tue hari untuk merehatkan diri tau...dan ramai yg cakap kemungkinan besar next class pada inggu hadapan malas nak pergi huhuhu....
ok la kiter cerita pasal hari nie lak...pagi nie class electronic circuit ku pun di batalkan dan quiz pada hari ini akan di buat pada hari rabu.. bermakna hari rabu ada 2 quiz yang menanti diri ku dan juga rakan-rakan yang lain....dan kemungkinan besar sir aku untuk subject berikut nya pun x da....da la ngantuk bangat nie...
nak wat camner tue la adat hidup sebagai pelajar clas boleh di batalkan last minute mengikut situasi lecturer yang mempunyai tugas lain huhuhu....
apa-apa pun yang pasti exam mid sem semakin menghampiri so kena la study lebih sedikit kalau nak result yang elok huhuhu...
CHAIYOK!!!!!CHAIYOK!!!!!!!! GAMBATE KUN!!!

Sunday, July 19, 2009

HaRRy PottEr and The HaLf BlOOd PrinCE


Last friday i was watching the Harry potter with my friends it's quite interesting to me maybe...n some people it's quite boring coz lack of action for this movie...ermm for me ok la...
huhuhu...tp sedih gak la dumbledore mati...n geram dengan si mafloy(huhuhu sori kalau salah eja)
n kelakar dengan kisah percintaan mereka...
lawak sgt kisah ron n lavender...boley bg 3.8 from 5 huhuhu
ok ker????
sorry la ea saya kurang sikit dalam nak ulas story morry nie...
pape pun korg g la tonton cerita ini ya baru boley komen hahaha

Friday, July 3, 2009

catitan di malam hari


Setelah hampir 2 bulan umo ku menganjak ke 21 tahun...dan hampir seminggu aku tamat semester pendek ku...dan bercuti bermacam perkara terjadi sama ada sedang berlaku, sudah terjadi atau bakal terjadi+ berlaku huhuhu....suka-duka-riang-sedih dan macam-macam lagi semua nya menjadi sejarah dan juga memori dalam sebahagian perjalan hidup ini....



yang gembira dijadikan sebagai memori indah untuk di kenang sepanjang hayat...
buat rakan dan teman yang berkongsi kegembiraan satu je aku ingin katakan...."memori bersama kalian adalah sesuatu yang sangat indah...entah bila dapat di kongsi sekali lagi dan akan meriah kah ia seperti yang telah di lalui...."...huhuhu gile bermadah malam nie....


Xde ape-apa pun saja nak kongsi segala aktiviti yang di jalan kan sepanjang short sem...cz mungkin aktiviti nie xkan dapat di ulangi lagi...sedih nya...cz ada yang akan kembali ke campus sendiri dan xkan bersama lagi cz jauh...ntah bila la dpt ketemu kembali...wat kata najwa "hye nmpaknya kite kembali bertiga....tp mungkin akan bertambah lg sorg or dua"..saperkah mereka
????semestinya kami berlima di bawah cz kami masih ditempat yang sama...tp akan berkumpul atau tidak tgk la keadaan semasa dan jika di izinkan.....

Tuesday, June 2, 2009

how rude are they!!!!

bertapa kejam nye manusia ini sehingga sanggup memakan harta org yg menyedekahkan sedikit rezeki mereka kepada segolongan anak-anak di sebah rumah perlindungan yang ku jejaki baru-baru ini...tidak ku sangka perangai mereka sebegitu rupa...mereka merupakan orang yang sepatut nya melindungi anak-anak di situ tapi ape yang telah mereka lakukan adalah satu perkara yang tidak wajar...hati ku tertanya-tanya tak cukup kah wang yang mereka perolehi sehingga sanggup memakan harta yang diberikan pada anak2 itu...

berlaku nya perkara ini telah membuka lagi mata hati ku terhadap ragam manusia di bumi allah ini...bukan ingin mengatakan aku seorg insan yang terlalu baik tapi sekadar ingin menjadi renungan dan nasihat pada diri sendiri dan berkongsi dengan orang lain...

hadis nabi ada mengatakan....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
Riwayat Muslim

Wednesday, February 25, 2009

skpb in memories

program : English camp 2009
date : 13 Feb -15 Feb 2009
venue : Sek. Keb. Permatang Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

ermm setelah seminggu berlalu prog nie byk memberi ak pengalaman walaupun ak da slalu join prog motivasi @ mentor-mentee @ facilitator...nie semua sebab bekerja ngan pelbagai ragam manusia dan berjumpa adik-adik yang baru....
program nie objectif dy semua berkaitan ngan english..
how to make the student to love english n to improve thier skill on it especially how to answer the english paperduring the exam...
ermm kebykan module yg di wat oleh mereka yg bakal menjadi guru TESL agak baik sebenarnye tp bagi ak x kna dgn standard adik2 tue...
cian gak bile tgk ada yg terpingga-pingga bile akk2 tue terangkan kt diorg...
yela bkn sumer nye pandai kt citu...
tp dlm byk2 module tue ak solute ngan module kak JJ cz nmpak sgt adik2 tue berminat nak blaja n short story yg di gnakan jga amt menarik tuk di baca n mudah untuk di fahami... n module yg ak rasa plg x berjaya ialah module e-baca n module e-book...
sorry to say la ye...
cz xnmpak lgsung adik2 tue dpt pape tuk 2 module tue...
and yg plg seronok ye la tgk adik2 tue mnat sgt ngan tarian chicken dance tue...
sampai ckgu2 diorg pun da tau...huthuhuhu....
next kite citer la psal comittee n faci dy la huhuhu...
jgn salah sangka ea just nak share je bkn nak mengata huhuhu...
ermm boley dikata kan smooth jugak la prog tue cz sumer jnis xksah nak wat keje ape wlaupun bkn tgas diorg n walaupun org yg di tgaskan tue boley wat dek je...
nsib bek la ad yg rgn tulng nak membantu klu x haru biru gak la jd nye prog tue...
ter utama time makan asik org yg cma je ...
ermm adik2 tue lak terbahagi kepada beberapa kategri huhuhu...
terutama yg lelaki mna x nye...
boley ilang suara layan diorg...
yg bek-bek la dy...
yg nakal ermm xpyah ckp la nakal dyorg...
ksah yg lucu lak..
boley lak msa mlm 1st diorg nak tdo ley men amik2 gmbr then ble tgk tersnap ada stu entiti putih.. kecoh gle la jd nye da la tkut tgk gmbar tue ada lak bdk ngigau smbil berjaln mna x cuak nye...cian gle sampai kna tman diorg tdo...
lpas tgk diorrg da tdo ktorg pun blah la msuk blik..
pg tue dgr citer kul 3 bebdk nie ley bgn wat shuflle pepgi bute...
huhu tensen gle...
ermm tue la pahit manis kehidupan 3 hari 2 malam kt skpb huhuhu..
semoga adik2 tue dpt ap yg di sampaikan n dpt result yg bek tuk upsr diorg nt...

Wednesday, February 11, 2009

kerja ngan orang atasan....

ermm bengang nye bile kerja ngan orang yang x boleh nak terima pendapat kite ni...
xksah pun klu diorang x nak terima tapi dengar la dulu ini x dengar pun x nak nak wat camner...nasib badan je la jwab nye...xpe la kita x ley nak kacau keje orang atasan ye la kite kan orang suruhan je mna layak nak bagi or kongsi idea ngan orang yang lebih tinggi kedudukan nye...nanti x pasal-pasal pisang berbuah dua kali lak...tapi sepatutnya sebagai seorang pemimpin die sepatut nya terima pendapat orang bawahan x kisah la sama ada dia nak jalankan atau tidak idea yang di berikan itu terpulang la pada individu itu sendiri...kat bawah ni ada beberapa keratan yang aku amik dalam mendidik kite semua menjadi pemimpin yang baik walaupun dalam sebuah organisasi yang kecil atau kumpulan yang kecil...

Pesanan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya

perihal kepemimpinan kamu."
Peringatan Rasulullah SAW itu perlu dijadikan peringatan buat kita semua


Rasulullah SAW bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah yang bermaksud:

" Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi
pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana
permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian dan jika
kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu
akan dibantu untuk menanggungnya. "
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara yang perlu kita ingat adalah seseorang itu tidak dilahirkan sebagai pemimpin. Malah sifat menjadi pemimpin itu perlu dibentuk dan untuk menjadi pemimpin, seseorang harus melalui pelbagai proses dan pelbagai bentuk latihan.

Nick Pollice memperkatakan lima tahap kepemimpinan yang boleh dijadikan neraca bagi menilai keberkesanan kepemimpinan kita antaranya:
1-Pemimpin tahap satu, kepemimpinan berasaskan kedudukan
2- Pemimpin tahap dua, kepemimpinan berasaskan rasa hormat.
3- Pemimpin tahap tiga, kepemimpinan berasaskan hasil kerja.
4-Pemimpin tahap empat, kepemimpinan berasaskan pembangunan manusia.
5-Pemimpin tahap lima, kepemimpinan berasaskan bimbingan secara langsung
(berperanan sebagai mentor).

huhuhu tue je la dari aku tuk kali ini hahahah..semoga kite semua menjadi seorang pemimpin yang baik tuk diri sendiri dan juga untuk orang sekeliling...

Wednesday, January 28, 2009

from little sister

I cry and you comfort me
I’m lost and you hear my scream
So its..
Hard to watch you fallin
When you run so deep in me
You live in me

Gonna stand by your side now
Lemme kiss all your tears away
You can stay in my arms now
And I know I can make you believe
Again…

I walk but you can run though fire
I search for reasons and baby you inspire
But I … I know somebody hurt you
And I know you really need a friend
Well you can take my hand

Gonna stand by your side now
Lemme kiss all your tears away
You can stay in my arms now
And I know I can make you believe
Again…


When you feel like you can’t go on
Don’t you know you’ll never walk alone
You live in me


ceita dunia

politik & pendatang asing.....

hye ape la nasib selak je surat khabar mesti kes pasal politik...org nie keluar parti masuk parti ni la org tue masuk parti nie la...komen dari ahli parti la...mcm2 lg...
nek bosan cos asyik baca cerite tue...
tp kalau tak keluar cerita2 sensasi tue semua mana nak meriah kan...tu kata orang..mmg ada betul nya tapi bukan semua yang suka ...
ermm kisah pendatang asing lak...
semalam masa aku bru sampai dari pudu nak balik ke u...
aku nampak punya la ramai anggota RELA yg berkhidmat untuk negara..
ye la bersepah kat kawasan pudu raya + kota raya + central market...
wat pe diorang reramai kat cna...
apa lagi nak menahan mereka yang masuk ke negara kite ngan cara yg x sah...
n passport yang da tamat tempoh tuk mereka terus tinggal ngan kiter sumer..
jadi takut lak tetiba masa lalu kat situ...
mna x takut jalan sikit diorang tengah kumpul berbincang mcm mana nak lari kan diri huhuhu poyo je mcm tahu je ape yg diorg cakap...
sekarang pun kerajaan kan nak hantar depa semua balik...
ye la cian kt rakyat sendiri merana xde keje...
sebab ape kena buang kerja la...
ekonosi meleset la katakan...
tetapi....
adakah mereka semau nak balik setelah hidup mewah di negara kita nie...
terbaca satu paper ni ada beberapa orang menbuat kenyataan bahawa ketidak mahuan pulang ke kampung halaman...
tetapi bila di fikir2 kan ada ker rakyat kiter nak kejer sebagai buruh binaan
xde kan so saper harapan kite tuk wat semua tue kalau bukan diorg cz diorg je yg sanggup berpanas & berhujan kerja kat tapak pembinaan tu nak wat camner...
so fikir-fikirkan la.....
wat kate nabil raja lawak..
"Lu Pikir La Sendiri"

Wednesday, January 21, 2009

wahai ibu ku yg tersayang

Renungkanlah kwn2...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku..mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja.. aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku ...mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak


Aku selalu teringatkan ...mak
Bila sedih, aku mesti talipon... mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
klu balik ke kampung, yg selalu bekalkan ulam & lauk pauk..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu berleter kat aku.. mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat emakku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah mak
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... mak ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon mak
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi mak sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!

IBU, PERMATA BERHARGA...PERGI TAK KEMBALI, HILANG TAK BERGANTI!

eeee....bosannye

huhuhu....
nape ek aku letak bosannye...ermm nie semua adalah di sebabkan hal semalam sewaktu closing ceremony for iium sports carnival...bukan sebab kalah atau apa...tp suasana nya yg agak mengecewakan aku...ye lah mna tak nye majlis tu makan masa yg agak lama tuk selesai byk yg meleret je mana x benggang....tp nasib bek la group marching aku sangat happening dan menceriakan...kalo diorg pun serius mcm ada kontijen tue aku x tau la nak ckp ape ak rasa ak lari kan diri kot..lg satu ada ke patut pertunjukkan bunga api tue yg plg meriah time vvip da xde...sepatutnye wat la time vvip tue ada dan bajet la time tue satiap persembhan ke penyampaian hadiah ke ape2 la yg sewaktu dgn nye....cz wat org len bosan menunggu last semua berkeliaran tuk amik gambar dan kaco org len....

ermm nak komen skit pasal majlis tue mula dari hari pertama lagi...pertama sekali sikap para comittee yg agak sambil lewa dalam menjalankan tugas mereka...mana x nye masa hari perlawanan pengadil da dtg diorg x dtg lagi ada yg datang tp x wat pape ada ke patut...pengadil tu kan bkn org cni org luar cian kt diorg kna tgu plak....time rehearsal lak bkn mcm rehearsal cz sumer cm x ready pape...mna x nye rehearsal kan sepatutnye mcm hari kejadian tp hampeh 1 ape pun x jd...cz time tue la bru nak susun time tue la bru nak bncg ermmm mcm2 la...bkn nak menyakit hati sesape tp cuma nak menegur klu kiter wat sesuatu atau dapat sesuatu tugas tue wat la ngan sepenuh hati dan bukan nye amik bnda tu sambil lewa...tak bek tau cz tu kan amanah allah...

da la mlas nak citer lg bnda yg da lepas...xbek tau...just sekarang ape yg da terjadi tu jd kan la sebagai pengajaran dan juga iktibar pada semua org tuk lakukan yg terbek pada masa akan dtg..huhuhu....

Sunday, January 18, 2009

hidup ini

hidup...
hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran yg perlu di hadapi oleh setiap manusia di bumi ALLAH ini...kadang kala setiap dugaan n cabaran hidup yg kite hadapi membuat kite terpikir knapa dugaan ini dtg kepada diri ku padahal ak x mampu untuk menghadapi nya....tp kiter perlu ingt setiap dugaan n cabaran yg di turunkan mempunyai hikmah dan 1001 keajaiban yg tersembunyi..dan yg paling pasti ALLAH menurunkan kepada kiter kerna DIA tau kemampuan kiter untuk mengatasi setiap kelemahan dan juga masalah yg datang...

NuffNang ads