Saturday, October 10, 2009

APA YANG DA JADI NI...

aku menerima berita yang amat mengejutkan diriku dari ibu ku sebentar tadi..adik sepupuku ingin bernikah kerna terlanjur dan mengandung dan sudah hampir kepada tarikh untuk melahirkan anak yang tidak berdosa itu...entah la aku pun xtau nak ckp mcm mna...sedih...sangat sedih apa da jadi dgn anak2 gadis zaman ini...aku x kata yang aku terlalu baik setiap org ada kelemahan nya yg tersendiri tapi sanggup kah kita melawan dan memalukan ibubapa kita yang telah banyak menabur jasa mendidik dan membesarkan kita...tegar kah kita melihat raungan ibu dan tangisan ayah kerana terkejut melihat anak yang disayangi memalukan mereka dengan melakukan perkara yang terkutuk itu...tidak kira secetek mna pun ilmu agama kita..kita sepatut nya sedar akan hakikat yang sebenar dan akibat yang akan kita terima jika melakukan perbuatan terkutuk itu...


nasib baik laki tu nak bertanggungjawab tapi kenapa sekarang baru sedar dan dtg berjumpa ngan ibubapa gadis itu....kenapa tidak dari dulu lg setelah mengetahui yg gadis itu mengandung anak nya...tak kesian ke dia pada anak yang bakal lahir itu????yang mungkin akan dicaci oleh org sekeliling.....nak dikatakan bodoh pun ia juga...aku sangat geram x disangka sepupu yg aku knal sanggup buat begitu kerana pengaruh kawan....dan paling aku sedih dia sanggup melawan kata-kata ibu nya....setelah ibunya memarahi seorg uncle yang menegur badan gadis itu seperti org mengandung...ibu mna yang x malu...ayah nya sampai menitiskan air mata kerana x sangka bebanan yang sgt berat di terima.... malu mengenangkan anak gadis sebegitu rupa....dan aku x marah jika kedua mereka marah dan memukul lelaki dan gadis itu...sehingga lelaki itu melulut dan merangkak merayu untuk diterima sebagai menantu dan mengahwini gadis itu....


long akak harap ko sedar bila ko da bersalin ko rasa la ape yang mama dan ayah ko rasa dengan ape yang ko telah lakukan terhadap mereka....jadi la isteri yang baik dan ibu yang terhadap anak yang bakal lahir itu... akak bersyukur yang ko x menjadi seperti gadis2 lain yang melahirkan anak dan membuang nya ke dalam tong sampah, sungai atau meletakan nya di masjid..tapi ia mungkin terjadi kalo ayah n mama ko x tau kan...akak bersyukur mereka tau walaupun dah terlewat...jaga diri wahai adik sepupuku!!!!


buat gadis di luar cna berhati-hati memilih rakan tidak kira perempuan atau lelaki tidak salah kalo kita tak percaya pada mereka walaupun dah lma berkenalan kerana hati manusia sentiasa berubah-ubah kadang kala kerna hasutan rakan lain kita bakal menjadi mangsa....sanggup kah kita terlibat dalam kancah penzinaan...semoga allah menjauhi kita dari gejala ini...aku minta maaf jika ada yg tersa ketika membaca tulisan ku ini...bukan ingin memburukan lagi keadaan tapi sebagai pedoman dan ingatan buat semua dan diriku sendiri...wassalam

NuffNang ads