Tuesday, September 14, 2010

raya...raya..raya

Pergi nya ramadhan yang mulia...dan muncul nya syawal yang bahagia...semoga bertemu lagi dengan ramadhan yang sungguh mulia, bulan penuh keberkatan dan nikmat....syawal yang menjelma membawa seribu satu cerita dan juga maksud di setiap hati mereka yang meraikan nya..bagi aku syawal yang di raikan sma shaja seperti yg sebelum nya...persiapan yang di buat oleh keluarga ku juga sama sahaja iaitu bersederhana sahaja..tapi pagi raya hanya mama dan kami adik beradik je yang ada sebab abah kena kerja..nak wat cmner kami sudah biasa dgn keadaan seperti ini sebab abah kerja di hotel so mmg susah la nak dapat cuti....seperti tahun sebelumnye juga sesudah solt sunat hari raya..kami menziarahhi kubur atuk, nenek dan pak ngah tersayang...rupa-rupanya sudah hampir 15 thn pemergian atuk dan 10 thn pemergian nenek ke alam barzakh...kesedihan sentiasa akan menyelubungi diriku tatkala meningati mereka kerana aku sgt rapat dengan mereka berdua..hanya doa shj dapat ku kirimkan buat pengubat rindu terhadap mereka yang telah pergi menghadap tuhan pencipta semesta. apa yang pasti setiap yang pergi itu tetap pergi dan kita yang masih hidup ini perlu meneruskan sisa2 kehidupan kita kerana kematian itu pasti buat semua makhluk di muka bumi ini..


kegembiraan syawal yang di raikan tetap mengamit pilu di hati bagi mereka yang kurang berkemampuan.aku tersangat sedih bila membaca akhbar yang menyiarkan tentang anak-anak yang tidak tahu menhargai ibubapa mereka.sedih mengenangkan begitu derhakanya seseorg anak itu bila mana mereka tidak memperdulikan ibubapa mereka dengan menghantar mereka ke rumah orang-orang tua tanpa rasa ingin menjenguk mereka dan mengambil mereka bagi maraikan hari kegembiraab uma islam ini bersama-sama dengan memberikan seribu satu alasan yang tidak munasabah.aku teringat salah satu tajuk akhbar yang berbunyi kemana perginya 11 orang anak.tajuk itu menjadi perbualan kami sekeluarga kerana mana hilangnya 11 org anak itu..xkan xde sorang pun yang dtg menjenguk ayah nya yang sudah tua itu..wat kata mama sejahat mana pun ibubapa kita kita tetap perlu hormat dan syg mereka kerana tanpa mereka kita tak kan dapat hidup dan membesar sekarang. Mama selalu berkata mampu kah kami adik beradik menjaga beliau pabila beliau sudah tua kelak???jawapan kami sudah tentu kerana mereka adalah harta kami yang paling bernilai dari segalanya...


Kemeriahan ttp di teruskan dengan suasana yang meriah..bunga api berlawan-lawan di antara 1 sama lain..walaupun di haramkan macam mana sekalipun kemeriahan nya tetap wujud kerana mercun dan bunga api merupakan 1 simbolik yang x dapat di pisahkan sejak kecil lagi...mereka yang tercedera mungkin nasib mereka kurang baik nak buat mcm mana kan..tak boleh nak salahkan sape2 kerana kecederaan yang di hadapi merupakan salah diri sendiri juga huhuhuhu.berkumpul beramai-ramai sangat di nanti dan tersangat la seronok kerana pelbagai kisah lucu keluar dan pelbagai telatah dapat di lihat dan ia menambah seri kegembiraan yang wujud itu.oleh itu kekalkan la amalan ziarah menziarahi di antara satu sama lain tidak kira di antara sanak saudara dan juga sahabat handai.

NuffNang ads