Wednesday, December 2, 2009

LoVe iS CinTA 1



Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan cinta. Islam memandang cinta terhadap berlaianan jenis dalam 3 perspektif:

1. mencintai kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. contohnya: cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kan kita lupa akan Nya dan mendorong untuk melanggar syariat Nya. firman Allah: "dan di antara manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang yang fasik"(Al-Baqarah: ayat 165)

3. cinta yang mubah(harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. misalnya tanpa sengaja lelaki melihat wanita atau wanita melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang di larang.....




Sunday, November 29, 2009

sarawak dalam kenangan




Sarawak mengamit kerinduan???benar atau tidak???bagi aku iya nya benar pada keadaan yang tertentu. Rindu pada keadaan di sekolah, sambutan yang di terima yang membuat diri kami begitu teruja dan terharu dengan sambutan menerima @ menyanbut tetamuy yang mereka berikan...rindu ku juga ku hulurkan pada adik2 di sekolah itu.. walaupun sekejap mereka tetap istimewa di mata kami bertiga..sape kami bertiga??? semestinya la gadis- gadis S.U.G huhuhu...ketawa, geram, dan sebagainya menjadi asam garam di camp itu...kesinisan juga di balas dengan kejujuran berkata-kata...tp aku seperti tidak puas berada di sana seperti tidak cukup apa yang telah di berikan kepada adik-adik ku di sana yang di balas dengan pelbagai kemewahan oleh pihak sekolah terasa tidak bebaloi ...tp nak wat mcm mna semua nya sudah lepas.. apa yang penting jadikan semua itu petunjuk dan juga pengajaran pada masa akan datang.. setiap manusia pasti melakukan kesilapan tanpa meraka sedari atau telah mereka sedari tapi buat x tau sahaja huhuhu...

kelakar bila melihat gelagat adik-adik ku di sana...dengan percakapan mereka yang kurang di fahami oleh kami bila masa mereka bercakap menggunakan dialek negeri mereka...kekadang terasa lawak sangat sbb da jd mcm ayam ngan itik yg tengah bercakap dan bertelagah...tapi aku sangat puji dengan semangat mereka dan kreativiti mereka dalam melakukan sesuatu itu....

sarawak mengamit kerinduan...
kerinduan pada suasana kedamaian dan kemesraan yang terjalin erat...
walau apa yang berlaku tidak pernah melunturkan semangat setiakawan yang terbina
sarawak mengajar erti kepimpinan
sarawak mengajar erti kejujuran
sarawak mengajar siapa kawan siapa lawan
sarawak mengajar kepercayaan kepada org sekeliling
pelbagai ilmu dan pengalaman yang aku terima dengan program di sarawak ini....
gelak tawa gurau senda menjadi mainan kita
tidak perlu di ambil serious...
kalu tanpa gelak tawa suram la jadinya...
bosan jiwa dan raga...
jika gurauan menyakit hati maaf dipinta dari kami
bukan niat di hati menyakitkan hati
hanya niat menghiburkan hati...
bila senyap di tanya mengapa???
bukan sengaja tapi dirasakan perlu bila tiada ape perlu di senda..
takut terlebih kata membuat org menyampah..
dari terbit rasa tidak senang lebih diri bertenang..
oleh itu
kepada rakan dan taulan maaf di pinta atas segala kesalahan...
semua manusia melakukan kesalahan
hanya dengan teguran yang membina mematangkan setiap gerak langkah
tanpa teguran tiada siapa yang akan berubah
terima lah setiap teguran dengan hati yang terbuka dan rela
teguran bukan untuk menjatuh kan tetapi untuk membantu menjayakan
maaf dipinta sekali lagi jika ada yang terasa hati...
moga perhubungan yang terbina kekal abadi buat selamanya...
sekian coretan rasa dari diri yang serba kekurangan




NuffNang ads