Tuesday, September 22, 2009

RAHSIA SOLAT YANG TIDAK DI KETAHUI

artikel ini adalah pemberian seseorg kepada ku...oleh itu aku ingin sekali kongsi kan nya pada sesiapa yg menjenguk blog ku ini

SOLAT yang ramai tidak ketahui..... .
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan men
i t i s dan kering sendiri.. Lalu ambillah s e jadah, shalat, berzikir dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
kan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

.
Wallahua'lam..

RAYA YANG TELAH TIBA...RAMADHAN YANG TELAH BERLALU

RAMADHAN KAREEM TELAH BERLALU 3 HARI YG SUDAH...PELBAGAI PERASAAN MENJELMA APABILA BERLALU NYA RAMDHAN ITU...HATI MULA TERTANYA-TANYA CUKUP KAH SUDAH AMALAN PUASA KU??? DITERIMAKAN OLEH NYA PUASA KU ITU??? TIADA SAPE DAPAT BERIKAN JAWAPAN YANG TEPAT UNTUK TUE SEMUA KERANA BUKAN KITA YG MENGADILI NYA...

KINI SYAWAL MENJELMA SUDAH...SEBELUM TUE PELBAGAI RAGAM MANUSIA YANG DAPAT KITA SAKSIKAN DALAM MENYEDIAKAN PERSIAPAN RAYA NIE...SANA-SINI SALEMEMANJANG...DENGAN YG BERKERJA DAPAT DUIT GAJI + BONUS= SHOPPING SAKAN LA JWABNYA...TAPI KITA KNA BERINGAT JUGA TAKUT MEMBAZIR NANTI HUHUHU...

MAMA SELALU CAKAP BILA NAMPAK ORG2 MELAYU KITA MEMBELI-BELAH "MANA LA ORG MELAYU NIE DAPAT DUIT...KATA DUIT XDE TAPI SHOPPING X IGT DUNIA..SELAGI X RAYA SELAGI TUE NAK BELI TU NAK BELI NIE..." AYAT TUE LA YG SELALU AKU DENGAR KALO MAMA NAMPAK SHOPPING + BAZAAR KE PENUH NGAN ORG...AKU PUN KEKADANG PELIK GAK...TPI NAK WAT CM NER RAYA SETAHN SEKALI...SEKALI SEKALA NAK MELAWA APE SALAH NYA KAN...HUHUHU

TAPI HARAP-HARAP LEPAS RAYA NIE
XDE LA YG MELOPONG AND GIGIT JARI CZ DUIT DA XDE...N YG BYK HUTANG TUE HATI2 LA YE...NGAN SAPER YG X BYR BIL + DUIT KETE TUE...BERINGT LA SKIT...TAKUT KNA POTONG N KENA TARIK...HUHUHUHU


DAN AKHIR SEKALI BUAT SAHABAT HANDAI DAN RAKAN TAULAN YANG JAUH ATAU DEKAT DAN JUGA YANG TELAH TERPUTUS HUBUNGAN AKU INGIN SAKALI MENGUCAPKAN SALAM LEBARAN DAN AMPUN KAN SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG PERKENALAN KITA...SEMOGA SUATU HARI NANTI KITA DAPAT BERKUMPUL DAN KEMBALI MENGERATKAN SILATURAHIM YG SEMAKIN JAUH INI...
SEMOGA KALIAN SIHAT SENTIASA DAN BERADA DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH YG MAHA ESA.....


Thursday, September 3, 2009

DULU LAIN...SEKARANG LAGI LAH LAIN!!

KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.
Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu.
Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas.
Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi.
Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'.
Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah.
Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.
Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.
Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir.
Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.
Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan.
Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, Internet, sms dan video pun tak kurang.
Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah.
Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.
Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua.
Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri.
Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.
Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D.
Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.
Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah.
Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.
Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji.
Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv.
Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali.
Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.
Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.
Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".
Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000.
Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger.
Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.
Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.
Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.
Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.
Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.
Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.
Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi.
Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.
Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.
Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.
Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.
Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi.
Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.
Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada.
Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.
Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.
Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan.
Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.
Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.
Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC.
Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.
Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.
Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.
Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia.
Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?




OLEH;
DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

NuffNang ads