Monday, September 23, 2013

Mini PLF session be in memory

assalamualaikum

hye korang-korang...weekend cik yan penuh berilmu minggu lepas. Sebab apa penuh berilmu
 sebab cik yan join program PLF. ape itu PLF?? 

P is for Profesional
L is for Learning
F is for Fasilitator

sape yang ajar ek mesti korang tertanya2 hahaha..(kalau la). its a learning session by bro RIZAL. yang mana satu kalau korang nak tau nt tengok kat pic yang cik yan letakkan kat bawah k..banyak pengkongsian ilmu yang cik yan akan lakukan bersama korang-korang sumer so tunggu for the next issue k. korang tak akan tunggu lelma nye.. sbb kalau bertangguh nt ilmu pun makin hilang so tak baik kan.. bila kita ada ilmu walaupun sedikit lebih baik kita kongsi-kongsi kan tul x hihihi.. yang paling kelakar ialah panggilan "WARDINA" okay!! hahahah camne ley dapat panggilan tu ialah sebab gaya cik yan present mengingatkan rizal pada wardina... insya'allah semoga sikap istiqamah wardina melekat la pada cik yan hihihi. sesuatu pujian itu kita kena bersyukur sebab segalanya datang daripada ALLAH. 

PLF session at KMS family

mari lah kita menghargai orang-orang di sekeliling semoga mereka juga akan tahu kewujudan kita di samping mereka. puji lah mereka dengan ikhlas supaya kita juga akan di puji dengan ikhlas kelak. perbetulkan cara untuk kita menegur orang supaya mereka tidak akan simpan kesakitan itu sehingga menjadi dendam. wat kata rizal untuk menegur pujilah terlebih dahulu sebelum menegur macam kt bawah

"PUJI...PUJI...SMASH!!"

ha lagi satu jangan asik menunding jari pada orang lain untuk apa yang telah kita lakukan..lihat terlebih dahulu apa yang telah kita lakukan .. its like one finger pointing others but the other 4 fingers is pointing back to you....

so fikir-fikirkan.. semoga ia menjadi renungan bersama

lots of love

X.O.X.O






Tuesday, September 17, 2013

cuti-cuti malaysia

assalamualaikum

bila dah nak sampai penghujung tahun ni macam-macam perancangan nak di pikirkan..
nak pergi bercuti la... melancong la.. hahahah sama la kan maksud dia.. tapi dengan siapa HAAA itu yang jadi persoalan nye!!1

dengan kawan-kawan ke???
dengan ahli keluarga ke???
dengan kekasih hati ke??
atau travel alone??

mana satu jadi pilihan hati hehehehehe

kalau ikut ilihan hati cik yan yang masih single mingle ni mesti la dengan keluarga dan rakan-rakan akan jadi pilihan hati.. nak g travel sesorang pun kadang2 best gak sbb we can do what eva we want, where we wanna go right?? but before that we need to have the knowledge about the lacation, accomodation so that we dont lose!! ( ntah betul ntah idak ayat aku ni hahahah.. abaikan lalala)

tapi yang pasti dalam pikiran cik yan banyak oiii destinasi yang nak pergi sementara masih sihat ni..
destinasi yang paling utama mesti la 

bumi MEKKAH 
(tapi ntah bila la dapat pergi semoga ALLAH permudahkan urusan untuk ke sana INSYA'ALLAH)

krabi!!
(sebab jeles ngn sape yang dah pegi n suka sgt wat hati ni HOT je hhahaha)

semesti nya dalam malaysia negara yang tercinta ni...
(woit jgn cakap korang dah jelajah satu malaysia ok..cik yan jeles tp cm tipu je hahahah ntah2 malaysia pun korang x habis teroka lagi ada hati nak g teroka negara orang lalalala ~*_^~)

nak pegi bercuti plan kena cantik ye korang2 sekalian.. duit kena ada sbb wat penat je g tp duit korang eilek hahaha ye la nanti ape pun x dapat silap merempat tepi jalan kat tempat orang..

k la nak balik rumah dah bye..bye korang yg sudi membaca..

see you soon!!

X.O.X.O

Friday, September 13, 2013

Kerja..Merantau...Pengalaman...Orang baru

assalamualaikum..

entry kali ni mesti la pasal kirja hihihi..dah sah2 la tajuk kt atas tu pasal my job.. bese la kirja i merantau je untung nasib dapat shopping skali klu idak duk je la kt tmpat tu dan tido hahahaha..tapi yang best nya macam-macam ragam manusia kalian akan jumpa, pelbagai dialek negeri yang kalian akan dengar seronok juga sbb it's a new experience okay!!! such a wonderful thing when you explore something and get knowing the culture and the people there. it being my second time being in sarawak. this time i'm going to bintangor. a small town which u can call as a cowboy town hihihi. sebab apa?? sebab kul 6 je banyak kedai da tutup and sunyi sepi kot hihihi. tetapi diorang mempunyai warga negara cehhhh..xde la senang cerita orang kat sini best.. baik je walaupun kehadiran ku mengundang mata-mata mereka dan mulut2 mereka berkata sesuatu.. am i too weird???? hahahaha tp cam bese buat dunno sudah...nasib bek ada hotel tu pun satu tu je la ahahaha.. hotelagak cikai la orang kata tp jgn x tau siap ada bathtub lg kottt hahaha.. k tu je la nak bgtau..malam ni dah nak migrate da ak ni x tau la bila balik kl cz bos pun x bgtau detail ticket bila huaaahuaahuaaa... the pic i'll update later on la. k see u soon readers..

X.O.X.O

Tuesday, September 3, 2013

bila jiwa sudah kacau...

3 sept 2013 12:33am

kenangan mengusik jiwa kembali bertamu hahaha..
biar aku perkenalkan diriku semula pada kalian di luar sana..
agak lama diri ini menyepi dari mencatit secebis kenangan dari diari kehidupan
agak banyak liku kehidupan yang aku lalui..
dari dunia pekerjaan mahupun scandalisma hahaha
sudah agak jauh diri ini melangkau..
menjadi hamba allah yang lalai dan agak jauh dari landasan..
menjadi insan yg rosak di pertengahan jalan..
pernah bertekad untuk berubah ke arah kebaikan..
tapi sayang tidak pernah beristiqamah..
aku bukan perempuan yang alim..
jauh skali ingin menjadi wanita yang hipokrit dengan kebaikan dalam agama..
agak takut untuk aku berlagak alim..
biar la orang mengenali aku dengan keadaan ku sekarang..
kerna setiap orang ada sisi kejahatan yang pernah dilakukan..
cuma mampu untuk menutup rahsia hati atau tidak..
alhamdulillah setakat ini rahsia hati gadis seperti aku masih tersimpan rapi..
mencari jalan keluar dari sisi gelap..
aku perlu kekuatan hati, fizikal dan mental untuk melaluinya..
mencari sang arjuna yang mampu membawa aku keluar..
dan kembali ke jalan yg lebih baik..
aku masih buntu..
perlukah sang arjuna mengubah aku???
mungkin juga perubahan diri sendiri di tuntut terlebih dahulu..
tapi kuat kah aku untuk menghadapinya???
menjadi satu persoalan yang sangat besar di benak pemikiran ini..
disiplin diri semakin terhakis sedikit demi sedikit..
tuntutan agama semakin menyimpang jauh dari landasan...
tapi alhamdulillah detik hati untuk berubah masih ada..
cuma kekuatan nya yang masih belum kuat untuk menarik aku semula..
aku masih bersyukur ada si DIA yang sentiasa menghantar detik hati untuk
sentiasa mengingati DIA, pesuruhNYA dan bersyukur atas segalanya..
seperti biasa aku hanya insan yang lemah seperti kalian di luar sana
yang hanya akan meminta pabila dalam kesusahan..
bersyukur tatkala diri melihat orang yg terpinggir di dunia sementara..
bertahmid bila diri dalam ketakutan..
hanya satu kupinta pada diri yang semakin jauh..
supaya tidak terus hanyut dengan nikmat yang sementara..
biarla aku kembali menjadi insan yang hanya bersederhana...
jauh dari sisi kegelapan..
kembali pada sisi kebenaran..
redha dan syukur dengan setiap pemberian nikmat..
semoga aku akan sentiasa berkongsi dengan kalian sisi gelap dan terangku lagi..

salam sayang dari mutiara yang mencari jalan kehidupan....
dalam mengenal identiti diri sendiri...



NuffNang ads