Tuesday, December 21, 2010

BeNCi @ SuKa??

MyEm0.Com
Betul kew ek bila kita bekerja dengan orang yang kita benci atau yang kita jadikan musuh itu, hasil nya akan jadi sesuatu yang terbaik...dan bila kita bekerja dengan orang yang kita kenal, satu kepala, satu perangai hasil nya bukan tidak baik tapi kurang baik nya...bila lecturer cakap tadi aku terpikir kekdang betul juga tapi berapa lama untuk seseorang itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri mereka dengan rakan@musuh tueMyEm0.Com...tak ke nanti ada yang bagi alasan macam tuk elakkan diri dari berjumpa dengan orang yang di benci nya itu...tapi bagi aku xkisah lah kawan ke musuh ke janji kerja yang di berikan tu aku dapat siapkan ngan baik dan mengikut kehendak lecturer dan pemeriksa atau sapa je la yang memberikan arahan dan tanggungjawab tu....da kalau dia taknak bagi kerjasama apa susah kita ada hak untuk pergi mengadu kat lect yang dia x nak bagi kerjasama so markah sapa yang buruk nanti kan...tapi pape pun semua orang dah besar xkan hal kecik pun nak bawak sampai mengganggu kerja-kerja yang melibatkan masa depan kita di kemudian hari kan...tapi biasa la hati orang lain-lain...pemikiran seseorang tu pun berlainan...tapi satu je aku pegang x kisah la org tu kita x suka sekali pun...apa yang da berlaku biarkan berlalu, buka la buku yang baru untuk suatu episod yang baru supaya hati tidak menjadi semakin hitam akibat benci membenci dan perasaan dendam yang berlarutan..sebab benda tu kan x baik..dalam islam sendiri ada mengatakan kita hendaklah saling memaafi setiap perlakuan itu..and yang aku nak tambah supaya kehidupan kita akan lebih bermakna di kemudian hari jika kita sentiasa bersikap saling memaafi setiap kesalahan orang terhadap diri kitaMyEm0.Com...tidak perlu la berdendam

Wednesday, December 15, 2010

PeRAhSaNTaN 2 (rasuah)

Rasuah semakin berleluasa...
Kenapa ek???
Memang lah duit itu suatu keperluan untuk
Era globalisasi ni..
Tapi pernah x kita terfikir
Apa yang akan terjadi dengan diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat
Di kemudian hari???
Tiap kali aku baca paper ada je citer pasal rasuah ni...
Pagi ni pasal bekas hakim mahkamah syariah kena pejara 19 tahun and
denda RM210000 gara-gara terima suapan sebanyak 7 kali...
tapi di pendekkan kepada 10 tahun cz ada 4 hukuman di jalankan serentak...
dah la dah tua..
sah2 la da kahwin...
x kecian ke ek kat family dier?????
Entah la...ape aku kisah???
Tp x boleh gak cz itu masalah sejagat...
Dalam erti kata lain sebagai peringatan buat diri sendiri jgak la huhuhu..
Dalam islam itu sendiri tidak pernah menggalakkan umat nya
Untuk mengambil rasuah..
Sebab ape??sebab rasuah itu sesuatu yang mendatangkan kemudaratan pada penerima nya dan juga pada masyarakat....
HA!!! Da tu Sebab ape orang amik rasuah lg sebernarnye??
Bukan ke rasuah itu adalah sesuatu perkara atau perbuatan bagi menutup sesuatu kesalahan yang dilakukan...
Ramai je orang tau pasal benda ni tapi biasa la sape yang x nak jadi kaya lagi2 kalau nilai rasuah tu tinggi nilai nya...
orang yang alim pun kekadang ley tergoda...
ye la rasuah ni macam pelacuran gak...
(x tipu cz aku da baca artikel yng cakap pasal ni huhuhu)
hahahaha ye ke..
memandai je aku ni..~ lalalalalala~
eh x aku da jumpa hadis and ayat pasal rasuah so pepaham sendiri la huhuhu

 Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

                Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
                “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

                Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
                “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                 (al-Baqarah : 188)

Wednesday, December 1, 2010

PeRAhSaNTaN 1

MyEm0.Com
Edisi hari ini
KAYA KEW!!!!
MyEm0.Com
Hahahaha jom kite ngarut pasal kekayaan...
Cukup nyampah ngan orang yang berlagak diri tu kaya raya
Padahal tak sedau diri yang kekayaan yang di bangga-banggakan tue
Adalah dari titik peluh mak bapak diorang dan
Rezeki yang di turunkan olah ALLAH S.W.T
Sedau la diri tu...
MyEm0.Com
Eh bukan sebab aku jeles okay...
Xde makne nye..

Korang mesti slalu je dengar tak pun guna ungkapan
“ biar papa asal bergaya” kan..kan..
Nak bergaya tue xkisah pun tapi
Ukur lah baju di badan sendiri...
X usah la nak berlagak yang diri tu diva ke artis kew..
Tapi poket kosong..
Klu disebabkan perkara ini korang nak
dikenali..
dihormati..
disanjungi..
kem salam lah jawab nye..
aku rasa makin di benci, dipandang serong adalh bila masa
rahsia korang terbongkar...
MyEm0.Com
lagi malu bila di ketawakan orang and diorang ungkap ayat ni
“ tue ar dulu berlagak lagi kan da kena, padan muka hahahaha”
MyEm0.Com

wuit xkan lah korang2 semua nak jadi antara mereka yang di gelar muflis pada usia yang muda kot????
Uish x sayang diri lah namanye tue..
Pikir la sikit pasal masa depan korang nanti...
Lagi2 bila dah berumah tangga..
Nak beli umah la kete la ape la...
Nak buat pinjaman..
Hancus...
Sebab ape...
Dah muflis..ada kew orang nak bagi korang pinjam duit????
MyEm0.Com
Menangis air mata darah pun time ni...
Xlaku ar beb..

.
contoh keratan akbar betapa ramainye anak muda yang dah muflis huhuhu

Monday, November 29, 2010

PeRAhSaNTaN 0

MyEm0.Com


Tetiba je menjelma kat kepala otak aku yang dah cukup bijak...
betula kan dah semua manusia kat muka bumu ni ALLAH da kurniakan kebijaksaan untuk kita guna sebaik nya...
so nak dijadikan cerita wujud la tajuk
PERAHSANTAN ni...
So ape je aku rasa benda boleh
menyebabkan @ mewujudkan sesuatu isu
kt bawah tajuk ni..
akan ku ngomelkan sehabis baik mengikut pandangan aku...
so sape yang x puas hati sepeti yang aku katakan
MyEm0.Com
Lantak korang ar...
Yang pasti ak xkacau hidup korang pun...
Kalo Terasa sila lah blah...
MyEm0.Com
Aku pun x kisah ada orang nak baca ke idak ke...
Yang penting aku nak luah kan jugak...
Seperti biasa

“ ADA AKU KISAH KEW!!!!!!”


Sunday, November 28, 2010

SuDoKu

cuti semesta ini hobi 
bermain sudoku menjadi keutamaan ku semula setelah
 lama tidak la juga tak menajam otak aku ni dalam 
misi bermain dengan nombor huhuhu
macam-macam jenis sudoku da wujud 
sekarang ini dari nombor sampai lah sudoku bergambar...

sudoku bernombor

sudoku bergambar

sudoku warna-warni

sudoku perkataan
dan
hasil nya 
huhuhu boley tukar-tukar tu lalalalalala


macam-macam cara orang boleh guna untuk
 isi nombor dalam petak-petak kosong yang ada..
masa ni lah nak uji kepala otak korang dan ketangkasan korang semua berfikir..
ialah adalah lembap sikit dalam mainan bernombor ni..
ada orang terlebih advance dalam benda ni 
sampai orang kata apa pejam mata dengan petik jari pun da leh siap la...
tapi betul main benda ini kekadang boleh buat setiap orang ketagih untuk selesaikan nya lagi....
hahahhaa lantak la orang nak kata aku ketinggalan kereta api ke apa ke 
untuk tulis entry pasal sudoku ni...
tapi satu je aku nak cakap

" ADA AKU KISAH!!!"

suka hati aku la kan hidup aku...
tangan aku
otak aku..
bukan nye aku guna otak orang tangan orang..
hahahahah
peace 

Monday, November 22, 2010

siapa kah????

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........



Siapakah orang yang sibuk?
 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? 

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 


Siapakah orang yang kaya?

 Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin?
 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi?
 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik?
 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

 Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

Siapakah orang yang mempunyai akal?

 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 

Saturday, November 20, 2010

PANAS!!!

baru saja lepas tengok siaran drama kat saluran TV2 yang bertajuk panas...quite good story cz banyak benda yang kita boleh amik sebagai pengajaran buat diri kita sendiri sambil merenung kembali setiap perlakuan yang telah kita lakukan..

cerita mengisahkan seorang gadis yang hidup dalam kemewahan dan terlalu dimanjai oleh kedua ibubapa nya. setelah kematian ayahanda tercinta dan bonda kesayangan jatuh sakit segala rahsia yang tersimpan rapi selama ini terbongkar. gadis itu hanya lah anak angkat yang telah disusui oleh si ibu sejak bayi lagi..seperti biasa anak mana yang boleh terima bila di tatang dengan penuh kasih sayang dan segala kehendak diikuti dan dilimpahi dengan kemewahan rupanya hanya menumpang dan di lahirkan dalam kemiskinan. akhirnya pemberontakan si gadis membawa padah setelah menderhakai ibu kandung nya sendiri dan kerana tidak fikir panjang kehidupan nya musnah sekelip mata apabila di jadikan sebagai pelacur kelas atasan oleh lelaki durjana yang hanya tahu mengunakan wanita sebagai tempat mendapatkan kemewahan hidup.

ermmm tu serba sedikit sinopsis dari cerita itu..so sekarang aku nak bagi pandangan aku sendiri sebagai penonton. apa yang boleh aku perkatakan seburuk-buruk wanita yang melahirkan dan menyusukan kita dia tetap ibu kita...hargailah setiap pengorbanan yang beliau berikan..sekalipun kita anak luar nikah tapi bersyukurlah sebab kita tak dibuang di dalam tong sampah, di tepi surau mahupun di gugurkan kerana tidak mahu menjaga kita dan kita juga mungkin dianggap menjadi beban pada mereka padahal itu semua bukan salah kita. kita hendaklah berfikir positif..ak ke kena buang mesti ar x nak kan...ha so hargai ibu yang sedia ada..mcm mna org yang xde ibu pernah ke terpikir ape perasaan diorg..mesti sedih yelah mana lah tau klu kite buat salah tp x penah nak mtk maaf sekali bila terniat nak minta maaf x sempat sape yang rugi..merana beb seumur hidup...balasan ALLAH sekarang cash dah x main lah hutang-hutang huhuhuhu...

pape pun jadikan lah setiap yang berlaku itu satu pengajaran..jangan sekali-kali salahkan takdir kerana ALLAH tu tau mana yang baik dan mana yang buruk untuk hamba-hamba nya...ini tidak bila senang dikatakan semua usaha datang dari diri sendiri..mmg benar kita yang usakan sesuatu itu tapi jangan lah lupa yang setiap kejayaan itu adalah datang dariNYA..ini tidak bila susah baru nak doa nak sembahyang..bila senang semua campak tepi..ape da...

huhuhu tu jela kot ape dalam kepala otak aku nak luahkan ...salam...

Thursday, October 28, 2010

bila fokus sudah hilang huhuhu

final exam menjelng tiba lg 2 hari je lg...
paper aku start sabtu ni...
pe lagi sibuk mencari bahan bagi membantu diri menjawab soklan nt...
tp x hebat juga kesibukan dengan program yang bakal menjelang tiba pada sem akan dtg ni..
huhuhuhu pelbagai masalh yang timbul..
aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan nya buat masa sekarang...
xpe la kita ketepikan la dulu apa yang da terjadi..
insya'allah akan ada jalan penyelesaian nya nanti..
ermm surat2 eit dah diposkan semalam bersama-sama rakan seperjuangan..
insya'allah ada rezeki kami dapat di tempatkan di tempat yang cma..
tapi x kisah la kt memana pun janji dapat wat praktikal...
cz rezeki tu kan di tangan allah...
pape pun perbanyakan doa moga segala urusan di dunia ini di permudahkan...
jangan di kejarkan hal dunia
tp utamakan juga perkara akhirat juga..
ingatan buat diri ku sendiri..
insya'allah akan sentiasa di perbaiki urusan ku tuk akhirat..
moga apa yang aku bakal lakukan mendapat restu dari kedua ibu bapa ku..
dan juga redha ALLAH...

Saturday, October 23, 2010

KENAPA???MENGAPA???

aku tertekan dengan diri aku sendiri..tidak tahu kerna apa...aku menjadi seorang yang suka menyalahkan diri sendiri walaupun setiap kejadian itu aku tahu adalah ujian yang turun dari NYA aku hanya sebagai seorg hamba patut tahu mensyukuri ujian dan nikmat yang telah diberikan..menangis dan menangis aje keje aku...teman rapat menjadi penguat semangat aku untuk meneruskan apa yang telah di pertanggungjawabkan pada diri ini...aku teringin sgt untuk tahu ape yang telah berlaku di belankang ku tanpa aku sedari...tolong la bagitau kalau ada yang salah dan silap aku mohon sangat...ini adalah ujian terhebat buat diri ku dalam mengendalikan sesuatu program itu..aku x kisah di kutuk, di kritik nahupun di hentam jika terdapat nye salah dan silap tapi aku x mampu jika ianya adalah kesalahan yang ak tidak tahu kenapa dan mengapa ia nya terjadi...mungkin aku terlepas pandang perkara yang remeh ini...aku nekad untuk melupakan nya buat sementara waktu supaya keaadaan diri ku kembali tenang dan supaya aku boleh berfikir dengan baik semula bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat kami semua..buat mereka yang merasa tertekan dengan apa yang berlaku tampil la untuk bercerita nagn diri ku ape yang terjadi sebenarnya...sekurang-kurang nya cerita la dulu ketidak puasan hati anda supaya setiap yang berlaku itu akan aku cuba perbaiki sebaik mungkin..dan semoga pengunduran anda adalah dengan cara yang terhormat dan kesakitan hati yang anda alami dapat di bersihkan....aku cuma perlu pertolongan dari kalian semua..aku sendiri tidak suka kerja dalam tekanan perasaan seperti ini kerana ia nya sangat menganggu pemikiran ku terutamanya terhadap pelajaran ku...final da tiba aku tidak mahu gagal kerana masalah ini...

YA ALLAH BANTU LA HAMBA MU INI DALAM MENYELESAIKAN KEMELUT YANG MELANDA SUPAYA AKU DAPAT MENJAGA HATI-HATI ITU DARI TERLUKA WALAUPUN IANYA MELUKAKAN HATI KU SENDIRI!!!!!

p/s:sape yang baca dan terasa hati maaf di pinta kerna ini adalah luahan dari diri ini dan bukan untuk menyalahkan sesiapa pun..

Sunday, October 17, 2010

KESERABUTAN!!

final exam semakin menghampiri..
ASSIGNMENT!!
REPORT!!!
PROJEK!!
semakin bertambah-tambah..
due date satu-satu kerja dekat-dekat lak tue..
cakap ngan mama;
"DA TU NAMA PUN STUDENT KAN..
KLU XNAK STUDY MAMA KAWIN KAN JE..."
hahahaha xpe la ma..xnak la..huhu
x sanggup ak penat woo study..
nma pun student nak x nak kena la harungi..
baru la mencabar hahahahha
nanti da kerja mesti rindu nye ngan suasana macam ni...
time mana nak cari wey...
x dapat jek nak tolong ...
sementara berkesempatan ni la nak lalui 
suka duka hidup sebagai seorang pelajar yang ber dedikasi..
hahahhahaha dedikasi la sgt..

tapi x boley blah la kot...
semua kerja dtg  dalam satu masa yang sama...
ngan meeting lg...
mcm dlm gambar tu la ak kekdng tau...
wah mmg x boley blah...
penat mmg la penat tambah serabut
tp xley nak ckp ape..
ak kan antara orang-orang yang wanted hahaha
wuit x bek bangga diri kot hahahaha.
tp dlam serabut ak kekdng best gak..
cz ak ad member2 yg sempoi
yang sentiasa menceriakan hati ku yg gundah gulana ini...
hahahaha thankz dear friends!!!!




p/s: jgn marah ye rakan-rakan...


Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Tarikh yang sangat cantik... 
10.10.10
ramai yang mengambil nye sebagai tarikh keramat bagi diri  mereka sendiri
terutama bagi mereka yang nak mengikat tali pertunangan,
membina baitul ummah seperti contoh abg sedara aku pg tadi huhuhu..
n buat rakan seperjuangan iaitu hasi...








Tuesday, September 14, 2010

raya...raya..raya

Pergi nya ramadhan yang mulia...dan muncul nya syawal yang bahagia...semoga bertemu lagi dengan ramadhan yang sungguh mulia, bulan penuh keberkatan dan nikmat....syawal yang menjelma membawa seribu satu cerita dan juga maksud di setiap hati mereka yang meraikan nya..bagi aku syawal yang di raikan sma shaja seperti yg sebelum nya...persiapan yang di buat oleh keluarga ku juga sama sahaja iaitu bersederhana sahaja..tapi pagi raya hanya mama dan kami adik beradik je yang ada sebab abah kena kerja..nak wat cmner kami sudah biasa dgn keadaan seperti ini sebab abah kerja di hotel so mmg susah la nak dapat cuti....seperti tahun sebelumnye juga sesudah solt sunat hari raya..kami menziarahhi kubur atuk, nenek dan pak ngah tersayang...rupa-rupanya sudah hampir 15 thn pemergian atuk dan 10 thn pemergian nenek ke alam barzakh...kesedihan sentiasa akan menyelubungi diriku tatkala meningati mereka kerana aku sgt rapat dengan mereka berdua..hanya doa shj dapat ku kirimkan buat pengubat rindu terhadap mereka yang telah pergi menghadap tuhan pencipta semesta. apa yang pasti setiap yang pergi itu tetap pergi dan kita yang masih hidup ini perlu meneruskan sisa2 kehidupan kita kerana kematian itu pasti buat semua makhluk di muka bumi ini..


kegembiraan syawal yang di raikan tetap mengamit pilu di hati bagi mereka yang kurang berkemampuan.aku tersangat sedih bila membaca akhbar yang menyiarkan tentang anak-anak yang tidak tahu menhargai ibubapa mereka.sedih mengenangkan begitu derhakanya seseorg anak itu bila mana mereka tidak memperdulikan ibubapa mereka dengan menghantar mereka ke rumah orang-orang tua tanpa rasa ingin menjenguk mereka dan mengambil mereka bagi maraikan hari kegembiraab uma islam ini bersama-sama dengan memberikan seribu satu alasan yang tidak munasabah.aku teringat salah satu tajuk akhbar yang berbunyi kemana perginya 11 orang anak.tajuk itu menjadi perbualan kami sekeluarga kerana mana hilangnya 11 org anak itu..xkan xde sorang pun yang dtg menjenguk ayah nya yang sudah tua itu..wat kata mama sejahat mana pun ibubapa kita kita tetap perlu hormat dan syg mereka kerana tanpa mereka kita tak kan dapat hidup dan membesar sekarang. Mama selalu berkata mampu kah kami adik beradik menjaga beliau pabila beliau sudah tua kelak???jawapan kami sudah tentu kerana mereka adalah harta kami yang paling bernilai dari segalanya...


Kemeriahan ttp di teruskan dengan suasana yang meriah..bunga api berlawan-lawan di antara 1 sama lain..walaupun di haramkan macam mana sekalipun kemeriahan nya tetap wujud kerana mercun dan bunga api merupakan 1 simbolik yang x dapat di pisahkan sejak kecil lagi...mereka yang tercedera mungkin nasib mereka kurang baik nak buat mcm mana kan..tak boleh nak salahkan sape2 kerana kecederaan yang di hadapi merupakan salah diri sendiri juga huhuhuhu.berkumpul beramai-ramai sangat di nanti dan tersangat la seronok kerana pelbagai kisah lucu keluar dan pelbagai telatah dapat di lihat dan ia menambah seri kegembiraan yang wujud itu.oleh itu kekalkan la amalan ziarah menziarahi di antara satu sama lain tidak kira di antara sanak saudara dan juga sahabat handai.

Saturday, August 7, 2010

QURANIC LEADERSHIP SENI MEMIMPIN GAYA AL-QURAN


Sebuah buku yang banyak memberi inspirasi pada aku dan juga banyak menyedarkan kan diri ini apakah betul cara yang aku gunakan sepanjang aku membuat sesuatu perkara. Buku ini juga banyak menyedarkan aku tentang mengapa aku menyertai sesuatu program itu dan semasa aku memengang sesuatu jawatan yang telah di amanah kan kepada diri ku ini..adakah aku meyanggupi diri kerana nama dan pangkat atau aku menerimanya kerana aku betul ini mencuba dan menggalas tanggungjawab itu dengan cara yang betul dan dengan hati yang ikhlas. Pengaruh seseorg dalam sesuatu organisasi itu juga banyak mempengaruhi cara kerja seseorg individu di bawah kepimpianan seseorg pemimpin itu. Bagaimana hormat dari seseorg itu terhadap pemimpin nye juga banyak di beritahu di dalam buku ini. bagaimana perasaan seseorg itu yang bekerja tapi tidak di hargai dan bagaimana seseorg pemimpin itu ingin menghargai orang yang bekerja bersama-samanya dalam menjayakan sesuatu perkara itu. bukan setakat mereka yang rajin bekerja tetapi juga di tunjukan bagaiomana ingin menghadapi mereka yang malas dan sentiasa lalai dalam sesuatu pekerjaan itu tidak kira mereka iru sebagai pemimpin atau sebagai perlaksana.

Kritikan yang membina dan juga pujian yang memusnahkan perlu di seimbangkan supaya ianya tidak menjadi pisau yang menghiris kejayaan sesuatu pekerjaan itu. Sebagai seorg yang memimpin kita hendak lah tau bagaimana perasaan orang yang kita arahkan untuk melakukan sesuatu perkara itu. Try to be in his or her shoe so that you will know how hard it are. Try to imagine what did we want for the successful so that everybody know what to achieve. Meletakkan sesuatu target untuk mencapai kejayaan sangat di perlukan supaya arah tuju yang jelas. kembali semula pada cara kita mengarahkan perlaksana itu melakukan sesuatu tugas perlu lah dengan cara yang berhikmah dan juga melihat pada kesesuaian seseorg itu serta kemampuan nya. Jika mereka tidak dapat menyiapkan nya tanya dan tegurlah dengan cara yang betul supaya mereka tidak putus asa dalam melakukan nya dan jika dia berjaya lakukan sedikiy penghargaan di hadapan rakan2 nya supaya dia rasa di hargai.

Bagi pandangan aku buku ini patut di baca dan mungkin di amal kan oleh sesiapa sahaja tidak semesti nya mereka yang ingin mengkendalikan sesuatu program tetapi di dalam mengahadi kemelut diri sendiri kerana setiap insan di lahirkan mempunyai sikap sebagai seorg pemimpin kerana jika kita tidak dapat memimpin diri sendiri bagaimana kita hendak memimpin orang lain di sekeliling kita. mungkin ini saja ulasan yang aku ingin ketengahkan untuk buku yang telah aku baca. jila ada yang melihat topic ini dan pernah menbaca naskah ini mari lah kita berkongsi sedikit ilmu bersama-sama. sekian wassalam..

Saturday, July 17, 2010

permulaan baru

Da seminggu sem baru bermula..seperti biasa tugas sebagai pelajar harus di teruskan demi menjamin masa depan yang akan datang..sem malu permulaan baru dan segala nya baru hahahahah ye ke???boleh la..tapi keadaan tak seperti yang dirancang program yang bakal berlaku sudah dimulakan progress nya seawal mungkin...semoga ak dapat membantu dan memberi idea yang terbaik bagi program besar ini..keyakinan perlu di pupuk dan keikhlasan bekerja ke jalan yang diredhai perlu di semat tanpa mengharapkan sebarang balasan di atas setiap kejadian...semoga program yang akan di jalankan ini memberi seribu satu manfaat kepada diri ku dan juga mereka yang menyertai nya...tiada apa yang aku harap kan..hanya kelancaran setiap perlakuan dan juga setiap pelajaran yang aku terima nanti di berkati oleh nya dan juga semoga ilmu yang diterima dapat di kongsi bersama yang lain..mungkin bukan sekarang tapi sape tahu pada masa akan datang...perjalanan ku masih jauh untuk di tempuh semoga aku dapt membahagikan masa dengan sebaik mungkin tanpa ada kekecewaan di kemudian hari insya'allah semoga di permudah kan...

Wednesday, July 7, 2010

bosan!!!

ermm banyak yang pernah terlintas tapi x manpu untuk di tulis...hahahaha dalam erti kata yang lain malas nak mencoret huhuhuhu..tapi apabila kebosanan melanda and x tau nak wat ape or nak luah kat sape kt cini la tempat nak ngadu hahahaha(ayat poyo sudah keluar)..cuti sudah hampir ke penghujung. kemalasan telah melanda cz dah lama sangat bercuti hahaha otak pun dah slow, tangan da mula sakit cz da lama x menulis, da la nak kena bangun awal wawawawawa....MALASNYA hahahahaha..tapi nak tak nak kehidupan sebagai seorang pelajar perlu di teruskan..keseronokkan di dalam dunia seorang pelajar perlu terus diterokai...




musim world cup pun da sampai ke penghujung tapi apa yang pasti hari isnin nanti for sure ramai x pegi class hahahahha alasan bru balik x pun mengantuk tu bru student yang bakal memulakan pembelajaran mereka. Bagi yang bekerja pula rasanya awal-awal lagi da mintak cuti seperti apa yang aku dengar di HOT FM seorang majikan yang menerima borang cuti dari pekerja lelakinya untuk bercuti pada tarikh 12 julai 2010..hahahaha mesti la gara-gara final world cup..xpun ada yang bakal amik MC huhuhuhu...


Thursday, June 24, 2010

penangguhan pembayaran yuran


suatu idea yg boleh di katakan agak bgus sebenarnya bagi pelajar-pelajar ipta sebab bukan semua orang berkemampuan...tp kekadang tu pihak universiti kena gak siasat bebtul...cz tkut tersalah orang yg di beri peluang...artikel paper pg ni mengingat kan aku pada rakan yang mendapat masalahdi sebabkan kecuaian pihak universiti sendiri mengenai wang pinjaman ptptn mereka...sehingga sekarang pinjaman mereka itu tidak di ketahui status nya...naik turun office,pegi pejabat ptptn x selesai jgak...benda ni terjadi di sebabkan hanya salah faham mengenai wang sagu hati yang di beri oleh kerajaan negeri pada anak2 negeri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi....sape la yang nak jawab lak kan pasal hal ni huhuhuhuhu

Tuesday, June 22, 2010

sahabat dan teman


ANDAINYA PERSAHABATAN ITU SEBUAH PENGORBANAN...
MENGAPA PENGORBANAN ITU BUKANNYA
NOKTAH SEBUAH PERSABATAN....
ANDAI KATA DERITA ITU SEBUAH KASIH,
MENGAPA KASIH ITU SUKAR DIMILIKI..........
ANDAI KATA PERSAHABATAN ITU INDAH,
MENGAPA SERING KALI WUJUD PERBALAHAN...
ANDAI KATA PERPISAHAN ITU PAHIT,
MENGAPA ADA PERTEMUAN SELAPAS PERPISAHAN...
BAGAIKAN MIMPI SEMALAM BERGARIS KEPAHITAN
DITINGGALKAN DEMI MENCARI SEGALUR KEBAHAGIAAN,
DALAM HIDUP INI..
TAK SEMUA DAPAT DI TEMPUHI...
PERSAHABATAN...
LAHIRKAN SAHABAT 
NAMUN....
SAHABAT ITU TIDAK PERNAH DAPAT
MENILAI DAN MENCARI ERTI.....
OLEH ITU HARGAI
PENGORBANAN 
DAN
KASIH SAYANG
DARI SEORANG BERGELAR SAHABAT.....

NuffNang ads