Tuesday, June 8, 2010

kesedaran

membaca berita hari ini mengenai pelajar ipta yang di hukum penjara 12 bulan dan di hukum denda kerana kesalahan mengandung anak luar nikah dan membunuh bayi yang tidak berdosa itu.aku terfikir kenapa wujud lagi kes-kes seperti ini padahal kita lihat sendiri sekarang di dada-dada akhbar dan di televisyen itu sendiri sudah banyak memaparkan kisah2 dan juga berita bagi memberi kesedaran kepada semua insan di muka bumi ini bagi memelihara diri dari terjebak dengan gejala sebegini rupa..bukan nak menunding jari pada sesiapa pun tapi tnya diri sendiri mengapa perkara ini terjadi..
ADAKAH DISEBABKAN KELALAIAN SENDIRI?
KESALAHAN IBUBAPA KITA?
HASUTAN RAKAN-RAKAN?
NAIF DENGAN KEHIDUPAN DI KOTA?
KERANA CINTA DAN PERLU MELAKUKAN PENGORBANAN??
KURANG DIDIKAN AGAMA???
KEKURANGAN KASIH SAYANG???
banyak persoalan yang mungkin akan muncul tapi apakah jawapan yang diberi atau yang di keluarkan tiada siapa yang tahu..bagi yang telah insaf aku amat menyanjungi mereka...kerana mereka dapat mengembalikan dan memulihkan semula semangat mereka supaya tidak menjadi seperti apa yang telah terjadi...dan bagi pasangan yang insaf dan terus mengikat tali perkahwinan bagi menjaga bayi yang tidak berdosa itu aku amat terharu dengan tingkah laku korang itu...walaupun di cerca atau di hamun pada mulanya tapi mereka tetap akan menerima kerana setiap manusia melakukan kesalahan..oleh itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan niat tidak akan sekali-kali kembali kepada jalan yang durjana itu...aku terfikir juga tidak kah mereka di hantui rasa bersalah kerana membuang bayi yang tidak berdosa itu????

mungkin aku senang berkata-kata kerana bukan aku yang melalui nya..tapi tidak aku sangkal aku pernah melihat sepasang suami isteri yang mengambil keputusan untuk berkahwin setelah mengetahui yang wanita yang di tiduri itu mengandungkan anak tidah sah taraf...tanpa rasa takut dan sangsi beliau sanggup melutut dan merayu pada bapa wanita ini untuk bertanggungjawab...aku kagum memang terasa malu untuk mengakui anak gadis yang di sayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh membuat onar...tapi setelah hampir 4bulan kelahiran bayi itu...bayi perempuan itu di tatang bagai minyak yang penuh da tiada siapa pun yang mengungkit aal usul bayi itu kerana bayi itu di kelilingi oleh mereka yang sangat penyayang..memang pernah ada orang yang sanggup untuk mengambil anak itu tapi di halang kerana kalau tidak siilap aku atuk nya pernah berkata selagi emak dan ayah nya masih hidup dan atau dan nenek nya masih bertenaga tiada siapa pun boleh mengambil bayi itu...alhamdulillah syukur kehadrat ilahi bayi itu semakin sihat...cuma mungkin kelak dewasa bagaimana penerimaan bayi itu tidak aku ketahui...insya'allah dia dapat menerima nya walaupun pahit tapi dia perlu bersyukur kerana dia tidak menjadi mangsa pembuangan seperti bayi-bayi lain di muka bumi ini...

WALLAHUALAM

No comments:

Post a Comment

NuffNang ads