Thursday, October 3, 2013

KERACUNAN MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM!!



2-3 hari berita sibuk mengata kan mengenai kes kematian akibat keracunan makanan sewaktu kenduri perkawinan. bila dengar seriau la jugak kan... sebab bukan x pernah kena sakit perut sampai cirit tapi xde la seteruk yang di alami di utara tanah air tu kan... yela kadang-kadang kita x jangka pun kejadian sebegini nak terjadi kan.. itu sume dah takdir dan ketentuan ALLAH. takziah kepada waris-waris keluarga yang terlibat. semoga roh mereka di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. tapi.. ehh ad tapi la plak kan.. x baik tapi2 ni hihihi. Okay sebagai tuan rumah kita hendaklah peka dengan keadaan sekeliling jugak. jangan la di sebabkan takut makanan x cukup kita masih nak masak makanan yang kita dah tau tidak elok untuk para jemputan kita. makanan yang sudah dimasak juga perlu dijaga dan di simpan di tempat yang sesuai supaya tidak berlendih atau di kerumuni lalat. opss x tuju pada sesiapa pun ye... ingat cik yan pernah cakap pasal "USAH MEMBANGAU LAGI!!!" so ia tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. ini hanya sekadar peringatan buat cik yan dan keluarga yang bakal mengadakan kenduri perkahwinan adinda cik yan yang tersayang tahun depan. selain itu cik yan teringat kata-kata abah yang perlu berhati-hati dalam memilih tukang masak untuk kenduri itu nanti sebab takut akan perkara sebegini muncul. apapun kita hanya merancang tapi tuhan yang menentu kan. betul x???

meh cik yan nak kongsi symptom2 kalau kita kena keracunan makanan. before that lets thankz to mR GOOGLE ok hihihi. so antara2 penyebab keracunan makanan ni adalah seperti berikut hihihi so nak tau lebih lanjut jengok la ilmu di SINI dan  SINI jugak.

  • makanan yang terdedah lebih dari 4 jam tak kisah la makanan sejuk beku ke, makanan dalam tin ke
  • makanan yang tidak di masak dengan sempurna.
  • makanan yang telah sejuk tidak di panaskan semula.
  • makanan yang di masak di simpan bersama-sama makanan yang masih mentah.
so cara nak tau macam mana kita adalah mangsa keracunan makanan adalah

  • rasa loya
  • muntah-muntah ( bukan sebab anda pregnant ok hihihi)
  • sakit kepala
  • rasa nak demam dan berpeluh
  • sakit perut ( ini satu kemestian okay)
  • cirit birit ( ni pun satu kemestian)
dan cara pencegahan ada lah semestinya kia perlu la jaga kebersihan diri terutama sebelum makan sila basuh tangan anda terlebih dahulu. nak makan kat kedai pastikan kedai yang anda pilih itu bersih. orang kata nak tau kedai tu bersih ke idak sila2 la jenguk tandas mereka  sebab kalau tuan kedai tu jaga kebersihan tandas kedai mereka maksud nya beliau juga menjaga aspek kebersihan yang lain.

okay la itu saja rasanya ilmu yang nak di kongsikan bersama-sama.. semoga berjumpa lagi dengan kalian di lain entri.

X.O.X.O



No comments:

Post a Comment

NuffNang ads